Ke hadapan semua Penggerak Harakah Islamiyyah,
Parti Islam seMalaysia (PAS) amat memahami bahawa menyampaikan da’wah itu merupakan suatu kewajiban adalah suatu hakikat yang pasti seperti yang dituntut oleh Syara’ dan tidak pernah timbul sebarang khilaf di kalangan ‘ulama’ mengenai hukum ini.[1] Selanjutnya kita juga difahamkan bahawa pelaksanaan prinsip-prinsip wajib berda’wah itu dapat dilakukan melalui dua keadaan: secara fardiyy (perseorangan)[2] dan jama’iyy (berkumpulan/kolektif). Nas yang terkuat menunjukkan bahawa pelaksanaan da’wah secara jama’iyy adalah lebih dituntut yang mesti dilaksanakan oleh setiap ummat Islam sehingga tertegaknya Din dan Hakimiyyah Allah di atas muka bumi ini dan kaedah ini akan menyebabkan kesan da’wah lebih terasa. Dan di atas dasar itulah para ‘ulama’ tanah air yang menyedari hukum ini mewujudkan Parti Islam Se Malaya atau ringkasnya PAS, 55 tahun dahulu!
Bagaimanakah sesuatu Jama’ah Islam itu dapat menyusun organisasinya (tanzim) secara teratur[3] dan kemas ke arah mencapai matlamat yang telah digariskannya? Dalam hal ini, kita juga dapati kelemahan dan kegagalan kebanyakan Jama’ah Islam di dunia pada masa kini adalah berpunca daripada kelemahan aspek pengurusan organisasi atau tanzim Jama’ah. Berjaya-tidaknya sesuatu Jama’ah Islam amat bergantung kepada bagaimana Pimpinan (Qiyadah) dan pengikutnya (Jundiyyah) mengendalikan penyusunan organisasi Jama’ah itu. Dan di dalam mengendalikan Jama’ah itu, prinsip dan adab berJama’ah itu menjadi amat penting sekali kepada semua peringkat, dari Ahli Biasa PAS ke Mursyidul ‘Am.
Secara umumnya setiap Jama’ah Islam ataupun organisasi mempunyai prinsip dan kaedah tersendiri untuk menguruskan jentera organisasinya. Oleh itu, kita dalam PAS juga mempunyai adab, tertib dan akhlak berjamaah yang mesti dipatuhi. Selain daripada asas-asas al-Qur’an, as-Sunnah, Ijma’ ‘Ulama’ dan Qiyas yang kita gunakan sebagai dasar Jama’ah kita, sebagai sebuah parti politik moden yang berdaftar, kita turut memiliki Perlembagaan PAS yang menjadi peraturan organisasi, dan yang paling penting, keputusan muktamad yang dicapai dalam Majlis Syura PAS. Jika kita ahli PAS yang berakhlak dan beradab, kita wajib patuh kepada adab organisasi seperti yang dinyatakan di atas.
Dalam konteks ilmu kemasyarakatan moden, akhlak dan adab mengendalikan Jama’ah dapat dikaitkan sebagai ilmu pengurusan, iaitu proses merancang (planning), menyusun (organize), memimpin (lead) dan mengawal (control) sesuatu organisasi ke arah mencapai matlamat (objective) yang telah digariskan.[4] Sehubungan dengan itu, pengurusan Jamaah Islam pula bermaksud “menguruskan Jama’ah Islam ke arah menyempurnakan segala tuntutan Islam seperti yang termaktub di dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulu’Llah SAW.”
Oleh sebab modul pengurusan Islam adalah al-Qur’an dan Hadith dan model pelaksanaannya ialah diri Rasulu’Llah SAW itu sendiri maka ummat Islam pada masa kini bergantung kepada para ‘ulama’ mu’tabar selaku pewaris para nabi untuk mentafsirkan segala mesej pengurusan yang telah ditinggalkan oleh Rasulu’Llah SAW menerusi amalan peribadi baginda SAW.
Dalam hal ini
pengkajian sirah Rasulu’Llah SAW,[5] para sahabatnya
serta ‘ulama’ mu’tabar terdahulu menjadi amat penting sebagai dasar manhaj
pengurusan Islam pada hari ini. Selain itu, ilmu-ilmu moden yang diajarkan di
universiti amat penting sebagai ilmu bantu ke arah menyempurnakan pelaksanaan
tugas pengurusan itu sendiri. Malah di dalam era post modernism yang hangat
diperkatakan oleh para sarjana ilmu kemasyarakatan kini,[6]
aspek-aspek nilai dan kebenaran mula dititikberatkan.
Dengan mengambil kisah Nabi Allah Sulaiman AS sebagai satu contoh yang dihidangkan oleh Allah SWT kepada kita secara terang lagi bersuluh , dapatlah kita simpulkan bahawa sesebuah Jama’ah Islam yang berjaya itu mesti memiliki sifat-sifat berikut:
(i) memiliki ‘ilmu yang benar;
(ii) matlamat perjuangan yang jelas;
(iii) tanzim yang tersusun kemas;
(iv) manhaj perjuangan yang jelas;
(v) barisan kepemimpinan yang berkeupayaan;
(vi) pengikut yang faham, taat dan istiqamah;
(vii) dianggotai oleh ahli dipelbagai peringkat.
Dalam pertembungannya dengan musuh-musuh Islam, organisasi atau Jama’ah Islam harus meneliti batas keupayaannya. Harus diingat: kekalahan dalam sesuatu pertembungan boleh ditafsirkan sama ada perencanaan musuh terlalu baik ataupun penyusunan organsiasi kita yang lemah. Dan kelemahan kita dapat berlaku melalui tiga cara : kelemahan dalaman yang sangat rumit atau ancaman luar yang terlalu hebat atau barangkali juga kedua-duanya sekali. Pimpinan harus meneliti bersungguh-sungguh segala permasalahan tanzim Jama’ah. Pimpinan mesti mempunyai keupayaan mengesannya dari peringkat awal lagi dan sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan. Berdasarkan pengalaman beberapa Jama’ah Islam, adalah didapati masalah dalaman amat rumit untuk diselesaikan begitu sahaja. Kepemimpinan yang bercelaru menyebabkan organisasi lemah dan pengikut tidak dapat dikawal. Dalam hal ini al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengingatkan kepada seluruh anggota jamaahnya apabila beliau berkata:
“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh-musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:
(a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu;
(b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi.[7]
Dengan mengambil kisah Nabi Allah Sulaiman AS sebagai satu contoh yang dihidangkan oleh Allah SWT kepada kita secara terang lagi bersuluh , dapatlah kita simpulkan bahawa sesebuah Jama’ah Islam yang berjaya itu mesti memiliki sifat-sifat berikut:
(i) memiliki ‘ilmu yang benar;
(ii) matlamat perjuangan yang jelas;
(iii) tanzim yang tersusun kemas;
(iv) manhaj perjuangan yang jelas;
(v) barisan kepemimpinan yang berkeupayaan;
(vi) pengikut yang faham, taat dan istiqamah;
(vii) dianggotai oleh ahli dipelbagai peringkat.
Dalam pertembungannya dengan musuh-musuh Islam, organisasi atau Jama’ah Islam harus meneliti batas keupayaannya. Harus diingat: kekalahan dalam sesuatu pertembungan boleh ditafsirkan sama ada perencanaan musuh terlalu baik ataupun penyusunan organsiasi kita yang lemah. Dan kelemahan kita dapat berlaku melalui tiga cara : kelemahan dalaman yang sangat rumit atau ancaman luar yang terlalu hebat atau barangkali juga kedua-duanya sekali. Pimpinan harus meneliti bersungguh-sungguh segala permasalahan tanzim Jama’ah. Pimpinan mesti mempunyai keupayaan mengesannya dari peringkat awal lagi dan sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan. Berdasarkan pengalaman beberapa Jama’ah Islam, adalah didapati masalah dalaman amat rumit untuk diselesaikan begitu sahaja. Kepemimpinan yang bercelaru menyebabkan organisasi lemah dan pengikut tidak dapat dikawal. Dalam hal ini al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengingatkan kepada seluruh anggota jamaahnya apabila beliau berkata:
“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh-musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:
(a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu;
(b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi.[7]
Ingatlah akan pesanan tegas daripada Rasulu’Llah SAW bahawa:
“Apabila dilantik seseorang untuk sesuatu tugas yang bukan ahlinya, maka nantilah saat kehancurannya!”
Sesungguhnya jalan da’wah itu memang berliku dan tidak pernah dihampar dengan bunga-bungaan yang harum, tetapi jalan yang susah dan panjang.[8] Bukankah Allah SWT telah menegaskan sifat segala ujian dan cabaran da’wah itu sendiri :
“Alif…Lam…Mim…. Adakah manusia menyangka bahawa
mereka akan dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman”
padahal mereka tidak duji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah
orang-orang sebelum mereka. Maka Allah pasti berdusta.”
(Al-Ankabut: 1–3)
Amatlah penting bagi kita yang berada di atas jalan da’wah ini, memelihara keaslian da’wah, memelihara martabat Islam yang dibawa dan memelihara kesucian nama Jama’ah Islam yang kita anggotai ini, iaitu Parti Islam Se Malaysia atau PAS supaya kita, Jama’ah dan Islam yang kita bawa ini tidak menjadi bahan ketawa dan fitnah orang lain di antara lainnya termasuklah:
(i) Menyeleweng dari landasan asal dan kefahaman
tentang Islam dan Jama’ah;
(ii) Tidak mengutamakan aspek tarbiyyah;
(iii) Mendedahkan Jama’ah kepada orang luar;
(iv) Mengenepikan Syura dan nasihat;
(v) Mengutamakan kulit bukan isinya – banyak
bertengkar tetapi sedikit kerja;
(vi) Berjalan mengikut kaki tanpa panduan yang sahih;
(g) Cenderung
kepada masalah furu’ dan mengenepikan dasar.[9]
Dan…….ingatlah pesanan Sayyidina ‘Ali Abi Talib bahawa :
“Perencanaan batil (musuh) yang tersusun kukuh hampir pasti
menumbangkan kebenaran (Islam) yang kucar-kacir”.
Dengan memahami bahawa jalan da’wah itu amat berliku dan dipenuhi ranjau berduri, maka al-Imam Hasan al-Banna telah menggariskan rukun-rukun da’wahnya ( الأركان الدعوة ) peringkat-peringkatnya ( مرا حل الدعوة ) di mana Rukun Faham ( الفهم ) sahaja mempunyai dua puluh (20) buah huraian daripada sepuluh (10) Rukun Bay’ah ( لأركان البيعة)[10] sebagai asas-asas dan dasar fiqh ad-Da’wah yang wajib (dari segi hukum ‘amal jama’iyy) diikuti oleh setiap mujahid da’wah. Sesunugguhnya, antara yang Haq dan batil, ada pertentangannya yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang akan ditentukan-Nya.[11]
Akhlak dan adab anggota Jama’ah adalah nadi terpenting dalam perjalanan sesebuah Jama’ah Islam. Di dalam rangka ‘amal jama’iyy, setiap langkah ahli PAS, tidak kira apa jawatan yang pegangnya sama ada di Unit, Kawasan, Negeri ataupun Pusat, akan mewakili dan melambangkan imej dan hasrat parti atau Jama’ah. Kesilapan ahli akan menempelakkan masalah dan musibah kepada Jama’ah! Pimpinan pula sebagai anchor jentera pengurusan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap organisasi Jama’ah. Kita berasa amat bernasib baik dan dengan Takdir dan Izin Allah SWT jua, Jama’ah Islam bernama PAS ini dikendalikan dan ditadbir di bawah para ‘ulama’ dan kita berdoa agar Jama’ah kita terus dirahmati Allah SWT. Mengikut prinsip ‘amal jama’iyy, semua arahan pimpinan atasan wajib dipatuhi oleh pimpinan bawahan dan seterusnya di semua peringkat kecuali arahan yang bercanggah dengan nass yang jelas berdasarkan syariat Islam.
Oleh yang demikian, para ikhwah sekalian, kita hanya ada satu pilihan – iaitu untuk yang bersama dengan orang-orang yang mendapat tarbiyyah tertib lagi penuh beradab. Dan para muktamirin telah membuat pilihan..... iaitu mereka yang ikhlas bersungguh-sungguh mempertahankan Jama’ah berdasarkan hujjah-hujjah syar’iyy dalam konteks dakwah yang luas terbentang berasaskan sumber-sumber sahih daripada al-Qur’an, Hadith, Ijma’ dan Qiyas ulama’ terdahulu. Siapakah yang kita maksudkan - tidak lain dan tidak bukan, iaitu para ulama’ sendiri dan mereka yang mendukung para ulama’ dan profesional yang dapat membantu ulama’. Jangan sekali-kali kita mengikut kata-kata mereka yang tidak berakhlak dan beradab dalam jamaah! Kita elakkan barisan kepimpinan kita daripada anasir-anasir perosak yang menyelewengkan hala tujuan dakwah kita....
Jama’ah Harakah Islamiyyah kita yang bernama PAS sebagai sebuah parti politik telah melaksanakan kewajiban meletakkan al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangan. Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT. Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Hizbu’Lah yang dinantikan. Sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai ‘amal-‘amal Islam kerana bagi kita yang mendukung Islam, “tujuan tidak menghalalkan cara”. Jangan ada, ahli mahupun pimpinan, yang boleh menerima arahan dari luar jama’ah dan dari luar pimpinan kita. Ini amanat daripada barisan Pimpinan Tertinggi kita dan kita sebagai ahli Jama’ah PAS wajib menerima dan melaksanakan amanat ini. Hanya dengan sedemikian Rahmat Allah SWT akan bersama-sama kita dan nun jauh di
Kepimpinan sedia ada dalam jamaah Islam bernama PAS adalah kepimpinan bersifat jama’iyy bukannya fardiyy. Ia bukanlah milik peribadi. Kewajiban mematuhi arahan pemimpin tertinggi oleh pemimpin bawahan hanya berlaku dalam perkara-perkara ma’ruf bersifat syar’iyy sahaja kerana larangan mematuhi arahan pemimpin tidak syar’iyy adalah perintah yang amat jelas oleh Rasulullah SAW.[12] PAS bukan milik Presiden ataupun Mursyidul ‘Amnya. Ia adalah harta dan milik seluruh anggota dan ahli PAS serta mereka yang menyokong cita-cita Islam yang dibawa oleh PAS. Ia dipandu oleh Jawatankuasa Pusat dan di bawah kepimpinan ulama’ yang dikawal-selia oleh Majlis Syura Pusat. Oleh sebab struktur yang sedemikian, Tuan Guru Mursyidul ‘Am tidak boleh “memecat” atau “mengarahkan” atau memberi maksud arahan kepada mana-mana pimpinan pimpinan PAS Pusat atau Negeri untuk meletakkan jawatan yang telah disokong oleh majoriti muktamirin. PAS bukan dipimpin oleh pandangan seorang daripada beberapa pimpinan sedia ada walau bagaimana masyhur dan tersohor pun pimpinan itu. Apa yang berlaku kini amat sedih dan tidak mencorakkan kepimpinan Islam yang mementingkan akhlak dan adab berjamaah. Bukankah ucapan penerimaan jawatan khalifah oleh Sayyidina Abu Bakar dan pelaksanaan Majlis Syura Sayyidina ‘Umar menjadi bukti yang paling simple bahawa jamaah Islam bersifat jama’iyy bukannya fardiyy selain bukti yang terlalu banyak dalam al-Qur’an dan hadith?
Mengetepikan semua prinsip ‘amal jama'iyy dan uslub dakwah yang diamalkan adalah tanda dan bibit awal kehancuran jamaah Islam itu sendiri. Apabila Allah menganjurkan penyebaran dakwah secara terbuka luas tanpa batasan dengan memberi nasihat berguna serta perbahasan (bermujadalah) dengan hujjah-hujjah yang terbaik,[13] maka ia adalah metodologi yang anjurkan oleh Islam untuk diselami oleh para du’at. Dan asas jamaah Islam itu ada dua – kefahaman dan ukhuwwah. Kemudian datanglah kekuatan diri dan mahabbah. Tidak mungkin seseorang da’i itu menggadaikan prinsip Islamnya kerana terlalu bergelut dengan amalan politiknya. Tidak mungkin dan tidak boleh seorang Tok Guru mengambil hujjah politik mengatasi hujjah al-Qur’an. Apatah lagi seorang Tok Guru yang cukup senior yang di kalangan beberapa orang sudah dianggap sebagai legenda siyasah Islam! Dan jika masih kusut lagi dan tidak selesai sepenuhnya, bersyuralah seperti yang Allah ajarkan. Bukankah Majlis Syura adalah badan penasihat parti? Manfaatkan Syura.
Namun hakikatnya Tok Guru adalah manusia jua, sama seperti Muhammad SAW, Junjungan yang kita sanjungi dan sayangi. Bukankah beberapa kali Allah SWT menegur kesilapan Rasulullah SAW? Di dalam sifat kemaksuman baginda SAW, Allah turunkan ujian sebagai pengajaran buat manusia kerana Muhammad itu juga seorang insan. Sudah lupakah kita peristiwa getir fitnah al-Kubra yang melanda Sayyidatina Aishah RA yang kehilangan kalungnya yang telah mendukacitakan Rasulullah SAW, membangkitkan kemarahan Sayyidina Abu Bakr kerana anakandanya telah ‘derhaka’ terhadap suaminya, yang juga seorang Rasul? Dan apabila ditanya olehnya kepada Aishah - “siapakah yang dapat membantumu kerana tiada sesiapa lagi yang mempercayaimu?” Dengan tangisan sedih namun penuh tekad dan komited dengan pendiriannya, Ummul Mukminin menjawab – “Allah SWT akan menunjukkan kebenaranku!” Dan ketika mana tiada manusia yang dapat membantu, turunlah Wahyu Ilahi yang telah membela Aishah, yang telah memperbetulkan kesilapfahaman Rasulullah dan paling penting – mengajar seluruh ummat Islam bahawasanya Kebenarn itu hanyasanya daripada Allah, Pemilik Yang Maha Agung!
Bermunajatlah wahai Tok Guru dan kami bersamamu.
Titisan air mata ini akan menjadi saksimu, Ya Allah...... betapa gundahnya hati ini mengenang ujian yang Engkau turunkan demi mematangkan kami. Tapi kami tetap percaya dengan-Mu, ya Allah kerana Janji-Mu pasti tetap berlaku seperti yang telah Kau janjikan kepada kami yang terdahulu dan telah Kau tunaikan terdahulu. Namun kami amat berharap kepada-Mu, ya Allah, janganlah Kau bebani kami dengan ujian yang terlalu berat untuk kami pikul, dalam usaha kami bertatih di atas jalan dakwah yang telah Engkau gariskan itu. Ampunilah kami, restuilah kami dan kami bermunajat kepada-Mu, ya Allah......agar Kau permudahkan urusan kami agar kami dapat kembali bersatu hati, mengumpul segala tenaga sedia ada untuk menegakkan Kalimah-Mu di muka bumi Malaysia ini.
Amin, ya rabbal ‘Alamin!
Abu Aiman,
Nota Kaki:
[1]Lihat nas-nas al-Qur’an, umpamanya dalam surah Ali ‘Imran: 104 dan 110, an-Nahl: 125, as-Saff: 4 dan al-Ma’idah: 54-56. Terdapat juga sekian banyak hadith-hadith sahih yang menjelaskan kewajiban berda’wah. Lihat juga tulisan yang mendalam oleh para ‘ulama’ harakiyyah mengenai hukum berda’wah, di antaranya termasuklah Dr. Abdul Karim Zaydan dalam Dasar-Dasar Ilmu Da’wah dan Fathi Yakan dalam Bagaimana Kita Memanggil Kepada Islam.
[2]Sila lihat prinsip dan kaedah pelaksanaan Da’wah Fardiyyah yang telah dikupas dengan indah oleh al-Ustadh Mustafa Masyhur dalam Da’wah Fardiyyah,
[3]Penegasan Allah SWT dalam surah as-Saff: 4 perlu diteliti dengan mendalam. Da’wah perlu disusun rapi secara kolektif, dirancang, dikawal dan dipimpin secara berkesan untuk mencapai matlamat yang telah digariskan.[4]Huraian tradisi konsep pengurusan ini pernah diberikan oleh Stoner dalam J.A.F. Stoner dan C. Wankle, Management, New Jersey: Prentice Hall, 1986. Lihat juga Ernest Dale, Organisation:
[6]Di antara yang terkehadapan ialah Peter F. Drucker yang banyak menulis tentang kelakuan manusia dalam penyusunan organisasi moden. Lihat umpamanya, karangan beliau, Post-Capitalist Society, 1993.[7]Diungkapkan semula oleh Dr. Yusuf al-Qardawi dalam Harakah Islamiyyah ; Suatu Tuntutan, Shah Alam: KPIITM, 1981, hal. 30-31.[8] Lihat huraian tentang fiqh ad-Da’wah dalam siri Tariq ad-Da’wah oleh al-Ustadh Mustafa Masyhur,
[9]Kupasan yang mendalam dan indah ini telah dihuraikan oleh mujahid dakwah ini dalam tulisannya yang amat penting, Jalan Da’wah: Di antara Keaslian dan Penyelewengan,
[10]Lihat tulisan-tulisan beliau dalam Majmu’ah al-Rasa’il al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna, Dar ad-Da’wah, 1990.
[11]Mustafa Masyhur, Jalan Da’wah,