Islamic Representative Council (IRC) atau dalam bahasa Melayunya, Majlis Syura Muslimin (MSM)[1] adalah satu kumpulan dakwah di kalangan para pelajar Malaysia yang ditubuhkan di United Kingdom (UK) pada awal tahun 70-an, bergerak cergas sehingga ke hari ini.[2] Ada pendapat yang mengatakan ianya diasaskan di Brighton , England oleh para pelajar Malaysia yang dihantar ke sana atas biasiswa Kerajaan Perskutuan.[3] Gerakan IRC amat rahsia sifatnya. Sistem yang diamalkan di dalam IRC amat rigid, tetapi berdisiplin tinggi, mempunyai manhaj tarbiyyah usrah yang tersusun lengkap dengan sukatan dan peringkatnya,[4] amat menekankan aspek tarbiyyah di kalangan ahli, dikawal sepenuhnya oleh naqib dan pimpinannya, bergerak secara yang amat halus dan teliti dan rata-ratanya dianggotai oleh kalangan intelektual yang “bijak dari segi pencapaian akademiknya”.[5]
Menurut seorang pengkaji sosial, IRC pada mulanya dipimpin oleh barisan intelektual dan pelopor gerakan Islam di Indonesia yang secara kebetulan juga belajar di UK terutamanya Ir. Imaduddin Abdul Rahim[6] yang mendapat pendedahan gerakan Islam dari Ikhwanul Muslimin, Mesir dan Jami’at Islami, Pakistan .[7] Pada awal tahun 70-an, Kerajaan Malaysia melaksanakan program memberikan biasiswa kepada ramai pelajar lepasan MCE/SPM dan HSC/STP untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. UK adalah destinasi yang favourite di kalangan Malaysians. Di Malaysia sendiri, Institut Teknologi Kebangsaan – ITK (kini Universiti Teknologi Malaysia – UTM) menjadi base kepada IRC apabila graduan yang telah belajar di UK itu (kebanyakannya mengambil jurusan kejuruteraan, sains gunaan dan berkaitan), pulang sebagai pensyarah dan mengajar di ITK. Hubungan ITK dengan Institut Teknologi Bandung (ITB) di Indonesia menjadi akrab.
IRC, ABIM dan PAS di Malaysia
Bagaimanapun di Malaysia sudah wujud Gerakan Islam bernama ABIM di peringkat persatuan bukan politik dan PAS sebagai parti politik. Semua pimpinan IRC ketika itu seperti Prof. Abang Abdullah, Zaid Kamaruddin, Mustafa Abdul Kader, Abdul Jalil Hassan, Azman Hussin, Ariffin (Said?), Ahmad Tarmidzi, Dzulkifli Muhammad, Saari Sungip (Abu ‘Urwah), Dr. Abdul Rahim Gouse, Dr. Mohd Hatta Shahrom dan sebagainya amat memahami bahawa mewujudkan satu Jamaah lagi di Malaysia apabila mereka pulang adalah tidak syar’iyy dari segi prinsip jamaah Islam malah bertentangan dengan kaedah gerakan Islam. Hendak duduk di dalam ABIM, mereka tidak sebulu dan sehaluan. Untuk melibatkan diri dalam politik, tarbiyyah dan fikrah mereka menghalang mereka daripada berbuat demikian, lagipun seperti yang sering mereka hujjahkan ketika itu: “PAS tidak mempunyai tarbiyyah dan ustaz-ustaz dalam PAS tidak mendapat tarbiyyah harakiyyah daripada kalangan al-Ikhwan Mesir dan oleh itu, memasuki siasah apatah lagi PAS, adalah “tidak betul” dan PAS perlu dijauhi”.[10]
Pada awal 80-an IRC mengambil sikap “tidak menterjemahkan identiti diri” mereka di dalam masyarakat. Namun usrah-usrah IRC wujud terutama di kampus-kampus universiti tempatan secara sulit dan rahsia. Ketika itu sudah ramai tenaga IRC pulang ke tanah air selaku pensyarah terutama di UM, UKM, UPM, ITM dan UTM. Manakala terdapat juga beberapa orang tenaga ustaz yang mendapat didikan di Mesir yang memberikan sumbangan tertutup kepada mahasiswa kampus seperti Ustaz Darus Senawi di UM, Ustaz Zawawi Ali di Kolej Islam Kelang, Ustaz Alias Othman di UM, Ustaz Kamil Abdul Majid di UM dan sebagainya.[11]
Dalam perbincangan-perbincangan tertutup di peringkat tertinggi IRC, rupa-rupanya ada usaha-usaha sulit untuk membenarkan figure-figure IRC tertentu untuk memasuki medan dakwah secara terbuka terutama PAS.[12] Maka saudara Mustafa Abdul Kader yang bergerak aktif dalam Pemuda dan PAS Shah Alam dan Selangor menjadi test case IRC yang pertama. Ketika itu, ABIM sudah tidak mendapat tempat dan PAS menjadi tumpuan. Mustafa Abdul Kader diberi kepercayaan sehingga menduduki EXCO Pemuda PAS Pusat dan juga EXCO PAS Selangor. Kemudian lebih ramai bekas IRC”[13] memasuki PAS termasuklah YB Khalid Samad[14] yang kemudiannnya diikuti oleh lainnya, yang paling menonjol kini ada YB Dr. Dzulkifli Ahmad (Abu Iman), AJK PAS Pusat. Sumbangan bekas IRC dalam PAS memang ada kesannya. Pimpinan PAS terutamanya Ustaz Fadhil Mohd Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang sangat terbuka dalam kes IRC masuk PAS. Pintu PAS dibuka seluas-luasnya kepada mereka. Kritikan orang-orang IRC di luar dan dalam negara diterima baik oleh PAS dalam rangkaian semangat “IRC menegur kita untuk sama-sama membina PAS” dan kini “keluarga Jamaah Islam semakin luas”.
Bagaimanapun pada tahun 1985 sudah kedengaran suara-suara dari kalangan Pemuda PAS bahawa anggota IRC dalam PAS “bawa fikrah IRC dalam PAS dan secara diam-diam mengutuk PAS di luar”. Semakin banyak bukti diperolehi untuk dikemukakan kepada Dewan ‘Ulamak dan Dewan Harian PAS bahawa barangkali masanya sudah tiba bagi PAS untuk mengkaji sejauh mana peranan bekas IRC dalam PAS. Pertembungan terbuka mula berlaku. Tetapi di peringkat pimpinan tertinggi PAS Pusat, masih tiada apa masalah. Malah, Ustaz Abdul Hadi Awang (kini YB Tuan Guru Dato' Seri) menulis kata pengantar siri buku Risalah Usrah oleh Abu ‘Urwah (YB Saari Sungip). Buku yang dianggap teks utama usrah IRC itu menjadi bahan usrah utama di dalam kampus-kampus sehinggakan terdengar cerita buku yang sama digunakan juga oleh para mahasiswa Malaysia di Universiti al-Azhar dan universiti lain di Timur Tengah![15]
Pada bulan Mac 1990 satu perkembangan menarik berlaku dalam IRC. IRC yang sudah tidak mendapat tempat dalam ABIM dan PAS mula mengorak langkah drastik dengan mengusulkan supaya ahli Jamaah dibenarkan memasuki UMNO.[16] Usul itu dengarnya ditolak. IRC kembali seperti biasa tetapi retak dalam IRC sudah semakin rancak. Sebenarnya retakan dalam fikrah IRC pertama kalinya bermula di UK pada akhir tahun tujuh puluhan lagi apabila ada kalangan yang ingin menubuhkan Suara Islam yang kemudian dijelmakan sebagai "Parti Negara Islam" apabila kembali ke tanah air, ada yang ingin masuk ke dalam ABIM dan PAS manakala ada yang ingin kekal secara rahsia di Malaysia. Sudah mula tidak sepakat sejak dari peringkat itu lagi.
IRC, JIM dan IKRAM
IRC sekali lagi bergolak pada tahun 2009 apabila kepimpinannya yang berada dalam HIS mencadangkan penubuhan IKRAM pada 22 Oktober 2009. Mengikut kalangan tertentu IKRAM diwujudkan bagi menggabungkan tenaga semua ikhwahnya yang pernah mendapat pendedahan tarbiyyah IRC di luar negara tetapi kini terlibat dalam pelbagai jemaah; ada yang dengan JIM, ada yang dengan ISMA[18] dan ada yang dengan HALUAN.[19] Demi menggabungkan semua kenalan seniors yang masing-masing membawa uslub yang berbeza, IKRAM dilahirkan.[20] Namun JIM, HALUAN dan ISMA tetap berasingan. Pada Disember 2011, dalam PPN JIM ke-21, Zaid Kamaruddin mengisytiharkan dalam Muktamar berkenaan bahawa JIM akan dibubarkan dan diserapkan ke dalam IKRAM sepenuhnya, yakni tanpa ISMA dan HALUAN.
Sebab utama pembubaran JIM, penubuhan IKRAM dan seumpamanya hanya diketahui oleh pimpinan yang duduk di dalam Tanzim IRC secara rahsia. JIM, IKRAM dan seumpamanya adalah wajihah (front organization) terbuka dalam masyarakat umum sebagaimana yang dirangkumkan dalam masterplan dan grand design IRC sejak tahun 70-an lagi. Bahawa JIM, IKRAM adalah IRC dan daripada kumpulan yang sama tidak dapat dinafikan lagi kerana dalam Muktamar JIM yang terakhir baru-baru ini apabila Presiden JIM terakhir ada menyebutkan bahawa....
"Ramai pengasas JIM merupakan bekas pelajar di luar negara."
"Kita berhimpun membina Jamaah di kalangan umat Islam setempat bagi menyempurnakan tanggungjawab bersama. Kemudian kita bina jamaah yang menyatukan pelajar Islam dari Malaysia, IRC, Islamic Representative Council pada bulan April 1974."
"Kita kembali ke Malaysia pada pertengahan 1970-an. Terus menggerakkan usaha dakwah dan tarbiah terutamanya di kampus- kampus. JIM hanya ditubuhkan pada 27 Julai 1990......IKRAM ditubuhkan pada 22 Oktober 2009."
Penutup
Demikianlah secara ringkas peranan yang dimainkan oleh IRC dalam medan dakwah di Malaysia yang turut mengalami pasang surutnya. IRC sendiri telah mengalami banyak perpecahan di kalangan ahli dan penyokongnya: dari IRC kepada Suara Islam di UK dan berlanjutan hingga ke Malaysia, kemudian menjadi IRC di Malaysia, memasuki ABIM dan PAS dan bersendiri di bawah JIM. Mereka tubuhkan pula IKRAM pada tahun 2009 dan pada bulan Disember 2011 ini membubarkan JIM dan berbondong-bondong memasuki IKRAM pula. Esok-esok nanti entah apa pula……UMNO? Tidak mustahil kerana kertas kerja asas sudah ada sejak awal 1990 lagi......
Demikianlah secara ringkas penglibatan IRC dalam medan dakwah di Malaysia yang sempat kita bentangkan berdasarkan pengalaman bersama-sama mereka untuk penilaian para pembaca. Kita tidak mengulas kesannya ke atas PAS dan ABIM di sini kerana memberikan peluang kepada para pembaca yang budiman membuatnya. Kita bentangkan fakta-fakta sahaja. Selamat mengulas dan berikanlah ulasan yang berfakta dengan penuh adab berdasarkan pengalaman masing-masing ....
Wallahu a’lam bissawab.
Akhukum fi'Llah,
Kamal Izzuddin Abdullah
[1]Ada pelbagai pendapat tentang bagaimana nama IRC atau MSM ini mula diperkenalkan. Pendapat yang diterima umum ialah kefahaman bahawa mewujudkan sebuah gerakan Islam di luar negeri tidak praktikal kerana medan sebenar adalah di Malaysia . Mereka tidak boleh tubuhkan gerakan Islam di Malaysia kerana mereka masih belajar dan berada di luar Malaysia . Akhirnya, solution terbaik adalah dengan mengadakan sebuah "Syura" yang disepakati. Mereka tidak mahu bergabung dengan badan-badan sedia ada di luar negara sebab tidak sealiran fikrah dengan mereka.
[2]Zainah Anwar yang buat pertama kalinya dalam sejarah IRC, telah berjaya menemubual ramai pimpinan IRC dan menerbitkan kajian Ijazah Sarjana Politiknya dalam bentuk sebuah buku kecil tetapi penuh makna berjudul, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications, 1990.
[4]Kita harus mengakui bahawa IRC berjaya menyusun manhaj usrah yang sangat kemas dan amat pratikal digunakan di peringkat mahasiswa universiti. Inilah yang menjadikan ia berjaya menarik semakin ramai mahasiswa universiti pada akhir 70-an sehingga pertengahan 80-an. Asas model tarbiyyah yang digunakan adalah berdasarkan al-Ikhwanul Muslimimun, Mesir.
[5] Ini adalah ciri-ciri umum yang terdapat dalam sistem IRC. Memang tidak dapat dinafikan bahawa IRC mampu mengumpul tenaga-tenaga du’at yang sedemikian, sama ada di dalam mahupun di luar negara. Itulah kelebihan IRC. Dengan dokumen usrah yang tertib dan mantap, IRC berjaya menambat hati para pelajar Malaysia di luar negara berbanding dengan pengaruh ABIM dan PAS. Tenaga-tenaga profesionalnya yang gigih ditambah dengan sokongan du'at dari Mesir dan Jordan yang berlatarbelakangkan gerakan al-Ikhwanul Muslimun, ternyata IRC adalah satu force yang boleh membawa kesan yang agak besar di Malaysia .
[6]Pak Ir. Imaduddin Abdul Rahim sangat berpengaruh di kalangan pelajar IRCdan hal ini didedahkan sendiri oleh salah seorang senior bekas IRC, “Ayah Hasan Firdaus” berjudul, Gerakan Islam – Satu Sejarah dan Pengalaman, Bandar Baru Bangi: Madrasah Muttaqin, 1989, hal. 4.
[7]Lihat Zainah Anwar, op. cit.
[8]Umpamanya sila lihat bahan-bahan Tamrin Pimpinan Winter Gathering IRC pada tahun 1982-1985 di UK .
[9]Dakwaan ini kuat kedengaran tetapi dinafikan sekers-kerasnya oleh pimpinan IRC apabila ditemui.
[10]Dakwaan ini amat kuat kedengaran dari tahun pertengahan tahun 70-an sehingga awal 80-an dan angin perubahan amat kuat bertiup di kampus-kampus universiti tempatan. Mengikut sdr. Fauzi (bukan nama sebenar) yang pernah memimpin pelajar pada hujung 70-an sehingga awal 80-an di sebuah universiti tempatan, ditambah dengan faktor Anwar memasuki UMNO, hujjah-hujjah IRC bahawa sistem tarbiyyah ABIM semakin gagal mendapat tempat. Di UM, UKM, UTM, UPM dan ITM, ramai mahasiswa yang pro-ABIM mula mendekati ustaz dan pensyarah yang pro-IRC. Bagaimanapun terdapat ramai juga yang mendekati PAS sebagai alternatif kepada ABIM yang dilihat menghampiri UMNO bahkan sudah ada gelarab untuk ABIM yang berbaik dengan UMNO ketika itu – ABINO”!
[11]Perkara ini tidak menjadi rahsia lagi kerana ia kini sudah menjadi makluman umum. Sebahagian besar daripada mereka bergerak di dalam ABIM seperti Ustaz Zawawi Ali (kini Dr.) dan Ustaz Darus Senawi. Bagaimanapun pendirian Ustaz Alias Othman amat berlainan sekali. Beliau hanya pernah dijemput menduduki Lujnah Tarbiyyah PAS Pusat atas jemputan Ustaz Abdul Hadi Awang tetapi kemudiannya keluar kerana beberapa masalah yang timbul antara PAS dengan IRC. PAS mendapati bahawa Ustaz Alias dan kalangan lain dalam PAS hanya sebelah kaki sahaja manakala sebelah kaki lagi masih kekal dalam IRC.
[12]Keputusan ini adalah berdasarkan konsep “Harakiyyah Islamiyyah Syumuliyyah” (HIS) IRC di mana IRC menganggap PAS dan ABIM adalah front organization yang boleh “IRC ketengahkan kepada masyarakat”. Perkara ini tercatat dalam dokumen blueprint IRC yang disedarkan dalam Summer dan Winter Gatherings peringkat pimpinan Nuqaba' mereka yang diadakan secara tertutup di luar negara. Maklumat-maklumat terperingkat ini mula dipecahkan oleh kalangan bekas IRC yang kemudian menolak konsep IRC apabila mula menyelami gerakan ABIM dan PAS apabila kembali ke tanah air. Nama-nama mereka masih kita rahsiakan di peringkat ini atas sebab-sebab tertentu.
[13] Sdr. Mustafa Abdul Kader mengakui bahawa beliau mempunyai ramai kawan dalam IRC tetapi menafikan bahawa beliau masih duduk dalam tanzim IRC. Bagaimanpun akhirnya rahsia itu terbongkar juga.
[14]Ketika di UK sdr. Khalid Samad aktif dalam IRC tetapi kemudian broke off dan mengasaskan Suara Islam di UK . Khalid yang rebellious in nature ini memang tidak berubah sejak zaman pelajarnya, dari "sebelum mengenal Islam" sehingga kini dalam barisan kepimpinan PAS Pusat. Bacalah temuramah menarik dengan beliau (atas nama samaran) dalam Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Kuala Lumpur : Pelanduk Publications, 1984.
[15]Perkara ini hampir tidak dapat dipercayai lebih-lebih lagi memikirkan bahawa sepatutnya para pelajar jurusan agama di Timur Tengah membaca teks-teks asal dalam bahasa Arab dan merujuk kepada guru-guru yang dipercayai.
[16]Dengan takdir Allah, kertas kerja berjudul “Usul Pendekatan Terhadap UMNO” bertarikh 28 Februari 1990 diperolehi dan pecah tembelang IRC kepada PAS. Kini IRC ridak boleh berdolak dalih lagi malah berasa malu terhadap PAS. Bagaimanapun masih terdapat ahli IRC yang cuba meyakinkan pimpinan PAS bahawa usul itu dibawa sesetengah ahli IRC yang ingin berpolitik dan tidak mewakili keseluruhan fikrah IRC. Kertas kerja ini masih dianggap rahsia oleh IRC/JIM. Dalam pertemuan pimpinan PAS dengan pimpinan Ikhwan di London pada tahun 1991, perkara ini telah diutarakan. Menurut wakil Ikhwan, Syaikh Mustafa Masyhur dikatakan telah menulis surat peribadinya kepada Ustaz Fadhil Mohd Noor dan Syaikh Mustafa Masyhur mengatakan pandangannya bahawa PAS mesti disokong oleh IRC di Malaysia dalam pilihanraya dan dakwah. Malangnya surat yang dikirimkan melalui Prof. Khurshid Ahmad dari London itu tidak sampai ke tangan PAS. Ia hilang apabila berakhir ke tangan ABIM! PAS mengetahuinya melalui pertemuan sulit dengan Dr. Azzam Tamimi (wakil Ikhwan dan Hamas UK ) semasa berkunjung di London . Dua orang yang tahu akan perkara ini kini berada di barisan AJK PAS Pusat.
[17]Ironinya pula dalam tanzim JIM ini, Ustaz Alias Othman yang terkenal sebagai pakar rujuk IRC sejak pertengahan 70-an hingga tertubuhnya JIM, tidak menjadi Presiden JIM , tetapi hanya pernah memegang jawatan Timbalan Presiden JIM. Perkara ini pernah ditanyakan kepadanya. Jawapannya: “strategi dalam dakwah, syaikh”.
[20]Ada kalangan exIRC yang ditemui menyebut tidak mustahil pada masa akan datang, IKRAM akan menjadi political front yang baru dalam perspektif dakwah di Malaysia. Menurut Ghazali (bukan nama sebenar), penubuhan IKRAM itu sendiri selain daripada percubaan untuk tujuan wehdah, ia juga berperanan sebagai NGO Islamik alternatif kepada yang sedia ada dan barangkali akan mengikut langkah Parti PKS Indonesia yang juga mempunyai persamaan ciri-cirinya dengan IKRAM yang mengambil model al-Ikhwanul Muslimin. Asas manhaj tarbiyyah harakiyyah yang dipegang oleh kalangan pengasas seniors IRC adalah model al-Ikhwan dan sebagaimana berlaku perpecahan dalam fikrah al-Ikhwan sejak penubuhannhya oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna sehingga kini, begitulah yang berlaku kepada IRC sejak penubuhannya pada tahun 1974 sehingga menjadi IKRAM, JIM, HALUAN dan ISMA di Malaysia.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteMaaf menegur.
Saya kira artikel ini tidak lebih daripada sekadar meletakkan imej yang tidak baik kepada IRC. Ia dapat menimbulkan persepsi negatif sesama da'i.
Isi kandungannya lebih berkisar kepada sangkaan-sangkaan dan dakwaan-dakwaan yang mungkin benar, mungkin tidak.
Tidak seharusnya meletakkan persepsi buruk terhadap pihak-pihak yang buat kerja Islam. Apa pun IRC dan siapa pun mereka, sudah pasti begitu banyak jasa dan bakti yang ditaburkan untuk perkembangan Islam di bumi Malaysia.
Nasihat saya, sedang pengasas dan pendiri IRC masih ada di dunia ini, lebih baik ditanya terus kepada mereka mengenai 'diri' mereka. Mereka adalah orang-orang yang terbaik untuk menceritakan tentang kumpulan mereka. Bukan pihak lain yang sepatutnya menceritakan.
Maaf, saya sekadar menegur, atas rasa tanggungjawab langsung terbaca artikel ini.
Wallahua'lam.
Ni cite 2012 hari ini th 2015 terbukti kesetian puak ini pada pas meleset walaupun bersumpah dgn nama Allah
ReplyDeleteJauhilah kamu daripada sangkaan², kerana sebahagian drpd sgkaan² itu adalah dosa...
ReplyDeleteKamu tidak duduk brsama mereka, tidak pula prnah cuba brbincang ttpi kamu terus²an menuduh saudara Islam kamu yg jelas² melaungkan matlamat mereka adalah prjuangan Islam. Biarpun mreka bukanlah org yg melaungkan syiar² agama seperti kamu, biarpun mereka bukanlah brprwatakan dgn serban, kopiah, niqab, tdg labuh spt kamu.. igtlah, sebaik² kamu adalah org yg brtaqwa. Brhentilah drpd mnyebarkn sgkaan² yg kamu kira benar, dan kononnya mnyelamatkn kumpulan kamu, sdgkan kamu sbnrnya hanya mmbawa perpecahan dlm klgn pjuang Islam.
Jauhilah kamu daripada sangkaan², kerana sebahagian drpd sgkaan² itu adalah dosa...
ReplyDeleteKamu tidak duduk brsama mereka, tidak pula prnah cuba brbincang ttpi kamu terus²an menuduh saudara Islam kamu yg jelas² melaungkan matlamat mereka adalah prjuangan Islam. Biarpun mreka bukanlah org yg melaungkan syiar² agama seperti kamu, biarpun mereka bukanlah brprwatakan dgn serban, kopiah, niqab, tdg labuh spt kamu.. igtlah, sebaik² kamu adalah org yg brtaqwa. Brhentilah drpd mnyebarkn sgkaan² yg kamu kira benar, dan kononnya mnyelamatkn kumpulan kamu, sdgkan kamu sbnrnya hanya mmbawa perpecahan dlm klgn pjuang Islam.
Betol..tu yg berpecah tu..
ReplyDeleteSusah sebenarnya nak raikan perbezaan, tapi semua Da'i boleh bersepakat dalam perkara sama.
ReplyDeleteWalau apapun, Ukhuwah dan hubungan silaturahim itu perlu diutamakan walaupun berbeza pendapat dan berlainan jenama.
Bergaduh sesama sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah umat, dan lebih teruk lagi kita diazab oleh Allah akibat itu.
Ikram.. Pernah dedah video tentang penubuhan parti bru ktika itu amanah blom wujud.. Dlm pas berlaku pengkhianatan oleh sklompok IRC utk menjatuhkn TGHH.. Kisah nie bocor mse kejatuhan 17 ahli irc dlm klngn pimpinan pas.. Klo irc btol2 pejuang islam mereka xkn gile kuase sprti mne telh terbukti hari bersama org kafir memerintah tanah melayu kte..
ReplyDeleteKalau orang terlalu mencari kelemahan orang lain, tak ada masa nak pikir tentang memperbaiki islam, dakwah dan negara. Itu lah dia...
ReplyDeleteTitanium Band Rings in Gold - Titanium Arts
ReplyDeleteTitanium band rings titanium gr 2 are gold band-shaped, shaped in titanium trim hair cutter shape. There t fal titanium are two pieces titanium nitride coating service near me of metal apple watch stainless steel vs titanium and an outer ring. The rings in Gold also provide protection from
i737z5zoqsi379 cheap sex toys,sex toys,dildo,horse dildo,dog dildo,sex chair,sex toys,custom sex doll,dog dildo z452g5zvgkk111
ReplyDelete